ina_saly's FotoPage

By: INASALY BAKERY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Aug-2008 14:16 Email | Share | Bookmark
NEW KEK LAPIS DAN ROLL , serta COOKIES

 
 
 
 
biskut cornflake coklat
biskut oat ranggup
biskut irish
 
[b][i]Salam semua..nak citer ape yea..oklah ..lina pun x da citer yg menarik sgt utk di syer bersama pengunjung2 fp yg sudi menjenguk teratak lina yg serba kekurangan ini..last week mmg hari yg agak sibuk dgn kerja2 harian dan juga kerja2 menyiapkan kek2 lapis yg ditempah customer..serta menyiapkan corak2 yg baru.

Roll-roll lapis ini sekadar utk memahirkan diri..Lina tidak buka untuk tempahan sepanjang musim perayaan yg akan dtg ini.Lina hanya menerima tempahan kek2 lapis yg lain selain dr YANG ROLL. (maaf ye..)Roll lapis hanya akan dibuka di luar musim perayaan.

oklah jom kita tgk gambar..


Kek lapis windmill..seronok buat kek nie..dan lina suka combination colour yea..ada sedikit kesilapan masa nak menyiapkan lapisan atas dan bawah..actually..lapisan atas dan bawah mempunyai 4 lapisan..tp yg lina buat 4 atas dan 2 bawah..ini gara2 last minute decision.Lina x suka sgt lapisan yg biasa..tu so utk buat perubahan lina gunakan adunan walnut icecream..tp x cukup adunan,,so inilah g terhasil..don't worry sape2 yg berminat boleh order juga nanti lina akan tambahkan lapisan yg x cukup tu.. :


nie roll lapis Orange..x tau dah nak isi nama ape..just letak ikut colour jea


Roll lapis Silang..kena ke nama yea? aper2 jaelah yea


Roll lapis Hijau Merah..nama di beri kesemua roll lapis ini lina menggunakan jam buah2an campuran...utk next lapis roll lina akan gunakan jam epal dan juga strawberry..tunggu yea..( bila? x pasti lagi.. )

************************************************************************************************************************

CITER COOKIES PULA.. ( nie bukan utk jual tau..buat suka2 aje)
Semalam..terasa nak membuat cookies..actually dah 2 hari plan nak buat..tp x jadi2..so semalam(ahad) awal2 pagi bancuh 3 adunan biskut yg berbeza, siap simpan dalm peti ais dulu..leps tu kami keluar pie mencari brg2 keperluan.After, selesai lunch dan solat..kira jam 2.45 ptg lina start membuat biskut2 nie..dimulakan dgn biskut cornflake coklat, oat ranggup dan irish...Alhamdulillah..nasib ada oven kek lapis so bakar dlm tu aje..seklai bakar boleh byk2..jam 7.00 mlam siap semua biskut tu, lepas makan malam, dan solat maghrib dear hubby ajak pie cari sayur kat pekan bm..kol 8.30 kami keluar..habis jea cari sayur,kami round2 ..

kami pie pusing2 dia area seberang perai..utk melihat org ramai yg memenuhi tapak ekspo seberang jaya..DSAI buat perhimpunan kat situ..mmg ramai org..x kira tua ,muda,kanak2, org cina pun ada..sanggup berjalan kaki dgn park kereta jauh dr tempat acara...masing2 membawa tikar utk dijadikan alas tempat duduk..lina x pie dengar pun just tgk sambutan..ikut akhbar lebih 60,000 org pie dengar ceramah tu..ramai tu. x ambik gambar pun sebb camera lupa bawak

Balik rumah,dah jam 10 lbh..kemas2 biskut masuk dlm tupperware..anak2 suka dgn biskut2 tu..ingat nak buat raya. tu yg buat awal sebb bulan puasa nak menyipakan tempahan kek lapis ..tp anak2 dah belasah dulu. .tgklah cmana nanti..

jom kita tgk dia





Quote:
Chocolate Oats Crips
Sumber : Koleksi resipi oats

Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla

Cara
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

Nota
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15’.
Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.



Quote:
Irish Cookies
Sumber : Noorbaya

A.
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe
1st esen coffee (mklang tak letak sbb takder)

B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar kasar)

Hiasan: putih telur – sapuan, badam flake dihancurkan dan choc. rice

P/S= Instead of using choc rice baya drizzle choc on top of the cookies.

Cara
Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B.
Canai dan terap. Sapukan dengan putih telur dan taburkan badam flake
Dan Choc Rice.
Nota: Nestum kisar boleh diganti dgn cornflakes kisar



**** tq pada mak lang azie..lina copy paste aje resepi tu**try lah mmg sedap
****resepi nanti lina tampal yea..kalo nak cepat boleh pie ke fp m.lang azie( ada link kat sebelah) utk resepi biskut irish dan juga oat ranggup***mmg sedap biskut2nie..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net