salam semua..sorry sebb ambik masa utk update pasal kek opera nie.
dah lah nak buat lama..nak cerita pun ambik masa yea lina hujung minggu mmg selalu ada program..oklah kita sambung citer opera nie..lina x buat span jaconde tu..tp lapisan coklat lina tu still ada serbuk almond.
sorrylah kek tu x sama rata lapisan yea..tu tahap nak cepat habis..oklah kita tgk resepi yea yea..
cara2 yea
1.cairkan coklat,susu dan coffe powder atas api sederhana.ketepikan
2. pukul butter,gula,garam dan vanilla hingga kembang.
3. masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati setiap kemasukkan.
4. campurkan adunan coklat dlm adunan butter.kacau sebati
5. ayak tepung,soda dan serbuk penaik dan masukkan dlm adunan td.
6. masuk loyang dan bakar selama 30min or hingga masak pada suhu 180 c.sejukkan.
cara2 yea
1. cairkan fresh cream,butter dan coffee dengan api sederhana,masukkan coklat yg di potong2 sebatikan hingga smooth.sejukkan.
sirap coffee
1/2 cwn air
1/3 cawan gula
11/2 sudu mkn nescafe
campurkan semua bahan dan kacau atas dapur hingga mendidih
Western Buttercream
Masak 200g gula dengan 70g air hingga pekat. Dalam waktu yang sama pukul 2 biji telur. Masukkan air gula yang cukup pekat ke dalam telur bersama paste Nescafe sesedap rasa. Ratakan. Simpan dalam chiller semalaman. Keluarkan. Pukul 200g butter hingga kembang, campurkan dengan adunan telur.
mencampurkan 200g melting cooking coklat dan 200g whipping cream yang diputar gebu ke dalam bancuhan western buttercream ini. Hemmmm… yummy kerana gabungan kopi dan coklat bersatu dalam lemak whipping cream dan telur.
Cara menyusun kek opera.
1. kek tu di belah 2 or 3( lina belah 3 dan ada yg x sama besar ) lina rasa cara paling elok utk dpt lapisan yg sama..bakar kek sponge nipis aje..so lepas bakar just potong 2 or 3 depend pada loyanglah.
2. lapisan pertama lina percikkan sedikit sirap coffee..then sapukan coffee ganache.sejukkan 10min.dlm p.sejuk
3. lapiskan dengan kek yg kedua dan renjis dgn sirap coffe ,sapukan lagi dgn coffee ganache dan nak senang lina letak selapis aje western buttercream tu.( kes nak cepat )sejukkan lagi dlm p.ais
4.lapiskan dgn kek sponge yg terakhir dan lina curahkan baki coffee ganache ats tu dan sejukkan..
itulah cara yea..dan memang sedap..walaupun rupa yea x cantik..kaya dgn rasa coffee..tp lina x leh makan byk..pening bau coffee