ina_saly's FotoPage

By: INASALY BAKERY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 19-Jun-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Kek Epal Oren

dah kuar dr loyang
dah siap bakar
dah siap potong
 
 
 
 
Sejak tengok resepi nie kat fp lynn hassan pastu tgk k.rinn lak buat..mcm best aje..kebetulan dah lama berehat dr bakar2 nie..rasa nak buat something aje..so ape lagi..keluarkna bahan2 dan buat Actually lina x ikut 100% bahan2 tu..macam x da stok pisang, so lina ganti dgn buah oren yg di dadu, lina tambah dengan badam hancur.

Hasil yea memang sedap..lagilah bila makan masa panas2..rasa rangup aje kat atas tu....so mai layan gambar..memang senang buat kek nie..dan sekejap aje penyediaan yea.



[b]

Quote:
Resepi kek epal oren ( lina copy paste dr k.rinn aje ..thanks k.rinn dan lynn hassan)

BANANA APPLE CAKE
Sumber : Lynnhassan

Bahan A :
2 biji telur
1 3/4 cawan gula halus (Rinn guna 1 1/4 cawan... ) (sama gan k.rinn )
1 cawan minyak jagung

3 biji epal hijau kecil didadu kecil
3 biji pisang berangan dilecek (lina ganti dgn buah oren didadu )

Bahan B :
3 cawan tepung gandum
1 camca teh baking soda
1/2 camca teh cinnamon powder ( lina x isi..sebb x suka bau yea )
secubit garam

100g walnut dipatah-patah (tak payah toast) (lina tambah lagi dgn badam hancur )

Cara-cara :
**Semua guna hand whisk sahaja.

1. Pukul telur dan gula sampai hancur. Masukkan minyak jagung, kacau lagi.
2. Masukkan epal hijau dan oren dalam adunan tadi.
3. Ayakkan bahan B , Gaul dengan walnut & badam . Masukkan semua bahan dalam bahan A tadi. Walaupun adunan kelihatan pekat, tidak mengapa.
4. Bakar dlm acuan yg telah diglis. LIna guna dulang 4 segi 9 inci dgn suhu 160 selama 1 jam. Sejukkan di dalam loyang sebelum dikeluarkan. Hias ikut citarasa.


[b][i] ROSEMARY GRILL CHICKEN

Nie pulak ayam panggang yg dibuat hari sabtu malam..malam tu marinated semua bahan2 pagi esok yea..jam 6am dah start bakar...kebetulan hari ahad tu kami ada aktivity di luar..so buat ayam nie utk di bawa oleh anak2 ke rumah penjaga mereka sementara kami menyelesaikan tugasan kami..so kami pun bawak bekal juga.. jimat belanja. sedap ayam nie..


ayam sebelum di bakar--tgklah bermacam2 bahan mengelilingi ayam tu


ayam dah siap di bakar..tunggu nak makan aje


dah siap2 packing dlm bekas utk di bawa keluar..masa makan gan kawan2..dia org kata lain kali boleh buat cater gan kita..lina jawab..sorrylah setakat kek ok..nak buat cater lauk pauk dan nasi sorrylah.lina x reti nak budget dah belajar tp x pass2 juga..mesti x cukup or terlebih

resepi nie lina copy paste dr fp umieaisyah..thanks aisyah

Quote:
nie resepi yea

LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN

1 ekor ayam
1 biji lemon
3 ulas bawang putih - (lina guna 5 biji )
2 sudu besar olive oil -
Segenggam Rosemary Kering ( lina guna serbuk rosemarry)
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2 (lina guna byk biji.. kiralah dlm tray tu ..kat dlm perut ayam ada 1 biji)
2 biji tomato (lina guna tomato cherry)
Baby carrots -
1 biji capsicum - potong kasar2 ( 2 biji..merah dan hijau)
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika (teman pakai serbuk cili)
Kicap Pekat -
Garam dan gula secukup rasa (gula tu dlm 1 sudu besar & garam tu agak2lah yer )

Cara menyediakannya:

1. Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
2. Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat. (rosemary tu payah sikit nak lumat.. kasar2 pun takper )
3. Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam, gula, paprika dan serbuk lada hitam.
4. Ambil sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, carrots, capsicum dan tomato.
5. Lemon tadi dicucuk-cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
6. Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi setakat mana muat perut ayam tu... hehehe..
7. Cucuk/jahit lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi. Boleh guna dawai bunga yg bersih.. macam jahit guni jer jadiknya.. )
8. Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk lebihan tadi dan masukkan dalam loyang.
9. Susun kentang, tomato, bawang, capsicum dan carrots di sekeliling ayam dan bakar didalam oven dengan suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak. Hidangkan bersama mashed potato, coleslaw atau baked bean.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net