ina_saly's FotoPage

By: INASALY BAKERY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 26-Aug-2008 11:50 Email | Share | | Bookmark
I'm Back...at PERMATANG PAUH

 
 
 
View all 6 photos...
Salam semua..lamakan x update fp...x pe;lah..lina update sikit2..yer..mula2 lina nak syer citer pasal election di permatang pauh...perkara yg my lovely hubby suka buat bila ada pilihanraya(baru 2 kali mnegundilah katakan..hehhe..excited lah)..tp kira best jugaklah sebb tahun nie boleh mengundi 2x dalm tempoh 4 bln..kalo x kena tunggu 4 tahun sekali..

Kami keluar dr rumah around 11 pagi.mula2 kami.pie deliver kek2 ke rumah customer, pie courier kek2 dulu..baru husband pie mengundi di sek men permatang rawa, dekat jer dr rumah..masa nie org x ramai dah..sebb ikut kata hubby dia org dah kuar awal2 pagi..kebetulan masa tu hujan..so kurang sikit org..lagipun ada lagi 6 jam lagi tempoh mengundi. org kat tempat mengundi x ramai sgt tp kat jalan raya punyalah byk kereta..as usuall..kami bawak bekal siap2..aper lagi KFC ler..dah jangka mesti jlan jammed..dan org mesti ramai kat kedai2.

yg kurang best pilihanraya kali nie..byk sgt sekatan jalan raya..byk jalan biasa dua lorong menjadi jalan sehala..biasalah nie kan kawasan panass.

oklah kita tgk gambar yer...











5 jam kami berpusing2..melihat suasana pilihanraya, ala bukan yer selalu.. ..sampai masa makan dan solat kami stop menunaikan kewajipan kami..settle semua..kami sambung balik..seronok tgk kanak2 yg begitu bersemangat dgn bendera parti masing2.lina x nak komen pasal nie..semua tu pilihan kita kan..as long as kita buat pilihan yg betul.

jam 5.30 kami sampai di rumah..anak2 sempat main sebentar dgn kawan2 sebelum maghrib tiba..dan kami ape lagi edit gambar nielah..hehe


Monday, 25-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
TEMPAHAN KEK LAPIS DIBUKA UTK MUSIM PERAYAAN AIDLFITRI 08

 
 
 
[b][i]Salam kepada semua pengunjung2 fp inassaly.fotopages..lina mengambil peluang ini utk memperkenalkan kek2 lapis yg lina hasilkan dan juga membuka pesanan sempena musim perayaan yg bakal tiba ini. kepada yang berminat anda bolehlah membuat tempahan dan isikan butir2 yg diperlukan.

untuk pengetahuan semua,setiap tahun lina akan membuat kek2 lapis yg baru..dan tahun ini kek2 roll lapis lina tidak buka untuk tempahan kerana schedule yg agak tight..

Dan kek kukus buah telah lina tutup utk tempahan kerana tempahan yg ada sekarang dah melebihi target.(alhamdulillah)..(bimbang x dpt penuhi kerana masa nak kukus terlalu lama)

oklah..jom tgk aper yg ada








*** start dari hari ini 13.8.08 hingga 20.8.08..lina x akan update fp dan x dapat berkunjung ke fp kawan2..mana2 pertanyaan yg di tinggalkan di ruangan komen may be ada yg telah dijawab dan ada yg belum di jawab lina minta maaf sebb x sempat buat kunjungan balas..lina akan bercuti selama tarikh itu..apa2 pertanyaan ttg tempahan kek lapis boleh terus direct ke my email or sms..*****

Salam sayang..jumpa lagi nanti..wassalam


Thursday, 7-Aug-2008 09:55 Email | Share | | Bookmark
TIME BEREHAT..SEBENTAR JEA

daging dan sayuran
utk lunch dan dinner
grill chicken spinanch
View all 4 photos...
[b][i kali nie kita stop citer pasal kek lapis yea..lina baru jea settle edarkan sample pada kawan2 yg minta..nie nak rest jap..ada lagi sebanar yea kek lapis yg nak kena buat tp x pe rest kejap..next week br delivery..ada 6hari lagi sebelum lina dan anak2 balik kampung..utk cuti sek kali nie lina x ambik ape2 tempahan utk majlis kenduri. Ada kerja yg menanti di kl.. lina akan balik dulu dgn anak2..

Oklah lina nak tunjuk ape yg lina masak ..just simple menu tp enak bagi kami sekeluarga..anak2 pun suka..tp dia org ada makanan sampingan yg lain ..yukkk tgk gambar


daging sayuran bersama mozarella cheese


ne pulak utk lunch dan dinner..ikan bawal dan sayuran campur


nie Grill chicken with spinanch..mmg sedap simple tp healthy meal



*******Resepi yer..*******

Quote:
Grilled Chicken w/ Spinach

Grilled Chicken Over Spinach
(4 servings)
1 Tablespoon olive or canola oil
1 Tablespoon cider vinegar
1 garlic clove, minced
1 teaspoon dried thyme
1/2 teaspoon dried oregano
1/2 teasppon cayenne pepper
1/4 teaspoon salt
dash pepper
4 boneless skinless chicken breast halves (1 lb)
-Sauteed Spinach-

1 green onion, finely chopped
1 to 2 garlic cloves, minced
1 Tablespoon olive or canola oil
1/2 pound fresh mushrooms, sliced
1 package (10 oz) fresh spinach, torn

In a bowl, combine the first eight ingredients. Mix well. Spoon over chicken. Grill, uncovered, over medium heat for 7 minutes on each side or until the juices run clear. In a large skillet, saute onion and garlic in oil for 1 minute. Stir in mushrooms. Saute for 3-4 minutes or until tender. Add spinach. Saute for 2 minutes or until wilted. Transfer to a serving platter. Top with chicken.
****lina tambah capsicum dan juga tomato cherry dan tanur sedikt mozarella..dan bakar sekejap (5min--sampai cheese cair******

Nutritional Analysis:
Calories - 237
Fat - 10gm
Sat Fat - 2gm
Cholesterol - 73mg
Carbs - 6gm
Fiber - 3gm
Protein - 31gm


Monday, 4-Aug-2008 14:16 Email | Share | | Bookmark
NEW KEK LAPIS DAN ROLL , serta COOKIES

 
 
 
View all 8 photos...
[b][i]Salam semua..nak citer ape yea..oklah ..lina pun x da citer yg menarik sgt utk di syer bersama pengunjung2 fp yg sudi menjenguk teratak lina yg serba kekurangan ini..last week mmg hari yg agak sibuk dgn kerja2 harian dan juga kerja2 menyiapkan kek2 lapis yg ditempah customer..serta menyiapkan corak2 yg baru.

Roll-roll lapis ini sekadar utk memahirkan diri..Lina tidak buka untuk tempahan sepanjang musim perayaan yg akan dtg ini.Lina hanya menerima tempahan kek2 lapis yg lain selain dr YANG ROLL. (maaf ye..)Roll lapis hanya akan dibuka di luar musim perayaan.

oklah jom kita tgk gambar..


Kek lapis windmill..seronok buat kek nie..dan lina suka combination colour yea..ada sedikit kesilapan masa nak menyiapkan lapisan atas dan bawah..actually..lapisan atas dan bawah mempunyai 4 lapisan..tp yg lina buat 4 atas dan 2 bawah..ini gara2 last minute decision.Lina x suka sgt lapisan yg biasa..tu so utk buat perubahan lina gunakan adunan walnut icecream..tp x cukup adunan,,so inilah g terhasil..don't worry sape2 yg berminat boleh order juga nanti lina akan tambahkan lapisan yg x cukup tu.. :


nie roll lapis Orange..x tau dah nak isi nama ape..just letak ikut colour jea


Roll lapis Silang..kena ke nama yea? aper2 jaelah yea


Roll lapis Hijau Merah..nama di beri kesemua roll lapis ini lina menggunakan jam buah2an campuran...utk next lapis roll lina akan gunakan jam epal dan juga strawberry..tunggu yea..( bila? x pasti lagi.. )

************************************************************************************************************************

CITER COOKIES PULA.. ( nie bukan utk jual tau..buat suka2 aje)
Semalam..terasa nak membuat cookies..actually dah 2 hari plan nak buat..tp x jadi2..so semalam(ahad) awal2 pagi bancuh 3 adunan biskut yg berbeza, siap simpan dalm peti ais dulu..leps tu kami keluar pie mencari brg2 keperluan.After, selesai lunch dan solat..kira jam 2.45 ptg lina start membuat biskut2 nie..dimulakan dgn biskut cornflake coklat, oat ranggup dan irish...Alhamdulillah..nasib ada oven kek lapis so bakar dlm tu aje..seklai bakar boleh byk2..jam 7.00 mlam siap semua biskut tu, lepas makan malam, dan solat maghrib dear hubby ajak pie cari sayur kat pekan bm..kol 8.30 kami keluar..habis jea cari sayur,kami round2 ..

kami pie pusing2 dia area seberang perai..utk melihat org ramai yg memenuhi tapak ekspo seberang jaya..DSAI buat perhimpunan kat situ..mmg ramai org..x kira tua ,muda,kanak2, org cina pun ada..sanggup berjalan kaki dgn park kereta jauh dr tempat acara...masing2 membawa tikar utk dijadikan alas tempat duduk..lina x pie dengar pun just tgk sambutan..ikut akhbar lebih 60,000 org pie dengar ceramah tu..ramai tu. x ambik gambar pun sebb camera lupa bawak

Balik rumah,dah jam 10 lbh..kemas2 biskut masuk dlm tupperware..anak2 suka dgn biskut2 tu..ingat nak buat raya. tu yg buat awal sebb bulan puasa nak menyipakan tempahan kek lapis ..tp anak2 dah belasah dulu. .tgklah cmana nanti..

jom kita tgk dia





Quote:
Chocolate Oats Crips
Sumber : Koleksi resipi oats

Bahan
130g tepung gandum }
30g tepung jagung }
20g serbuk koko } ayak
½ sk serbuk penaik }
¼ sk serbuk kulit kayu manis }
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla

Cara
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung. Potong atau terap dan letak atas dulang. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau sehingga rangup.

Nota
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15’.
Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi.



Quote:
Irish Cookies
Sumber : Noorbaya

A.
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur
1st nescafe
1st esen coffee (mklang tak letak sbb takder)

B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar kasar)

Hiasan: putih telur – sapuan, badam flake dihancurkan dan choc. rice

P/S= Instead of using choc rice baya drizzle choc on top of the cookies.

Cara
Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B.
Canai dan terap. Sapukan dengan putih telur dan taburkan badam flake
Dan Choc Rice.
Nota: Nestum kisar boleh diganti dgn cornflakes kisar



**** tq pada mak lang azie..lina copy paste aje resepi tu**try lah mmg sedap
****resepi nanti lina tampal yea..kalo nak cepat boleh pie ke fp m.lang azie( ada link kat sebelah) utk resepi biskut irish dan juga oat ranggup***mmg sedap biskut2nie..


Wednesday, 30-Jul-2008 09:34 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR-GAMBAR KEK LAPIS TERBARU

Kek Lapis Sri Dewi
Kek Lapis Sri Dewi
Kek Lapis Crispy
View all 12 photos...
Inilah gambar2 kek2 lapis yg terbaru..dr INASSALY'S FOTOPAGES..


KEK LAPIS SRI DEWI- RM 55 (1.3kg++) - mengandungi bijan,blackcurrant, browning


KEK LAPIS COKLAT CADBURRY- RM 68 (1.6kg++) -mengandungi coklat cadburry (100 pieces), kelapa kering, tepung biskut


KEK LAPIS TEMBIKAI- RM 55 (1.3kg++) - menggandungi coklat chip,perasa strawberry, pandan, tepung roti,horlick


KEK LAPIS HAW FLAKES- RM 55 (1.3kg++) - menggandungi tepung biskut marie,horlick, haw flakes,paste orange


KEK BUAH KUKUS -RM 48 (1.0kg++) - menggandungi horlick, mixed fruit, browning,


KEK LAPIS WALNUT AISKRIM- RM 65 (1.3kg++) - menggandungi walnut,badam, icecream coklat dan vanilla


KEK LAPIS CRISPY- RM 60 (1.3kg++) - menggandungi coklat crispy, kelapa kering, mixed fruit, coklat rice

***semua kek2 lapis dan kek kukus lina menggunakan sepenuh yea PURE BUTTER***

***maaf yea kwn2 harga akan lina masukkan..semalam try masuk tp x boleh nak upload pamplet tu**


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net