ina_saly's FotoPage

By: INASALY BAKERY

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Saturday, 10-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
kek sponge ku yg pertama

kek banana
dah siap potong
 
View all 5 photos...
nie aktivity hari minggu ku..semalam yea ku tolak 2 order kek keju..sebb rasa mcm x mau buat kek..nak releks..tp bangun pagi nie..rasa nak buat kek pulak..so try resepi kek pisang dr fp kak yati.
dan first time,lina buat kek sponge nie..senang juga.cuma bahgian kek span x boleh belah 3 dapat 2 lapis jea..btw..kek nie memang sedap..mcm biasa lina makan sepotong aje..yg lain ke sebelah, anak2 lina suka makan kek nie..mmg lembut..klao ada yg kata mcm kek kat secret resepi..lina x leh nak comment..sebb lina x suka makan kat situ dan x pernah ke situ.. x taulah kenape?
nie lina syer resepi yea..actually ada juga resepi2 kek yg lina nak mask dlm fp nie..tp x rajin lagi nak menaip..jgn bimbang dah free nanti lina akan masukkan..


kek pisang


kek yg dah di potong


nie pewarna2 dr sarawak yg baru sampai..so tunggulah kek lapis yg terbaru nanti Insyaallah

sorry k.yati, lina copy paste aje resepi nie..



[
Quote:
b]Chocolate Sponge cake[/b]

Bahan A
3 biji kuning telur size A ( atau 4 biji kuning telur size sederhana)
100 gm. gula kastor
120 gm. tepung naik sendiri
1/2 tsp. Baking powder
1/2 tsp. Bicarbonate of Soda
50 gm. minyak jagung ( saya guna minyak masak biasa aje)
1 teasp. vanilla essence

Bahan B
30 gm. serbuk koko + 120 gm. air panas - kacau hingga rata dan hancur semua serbuk koko.

Bahan C

3 1/2 biji putih telur size A (atau 4 1/2 biji putih telur size sederhana)
1/4 tsp Cream of Tartar
60 gm. gula kastor


Cara-caranya:

(1) Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk pengadun dan kacau dengan senduk kayu hingga sekata.
(2) Campurkan Bahan B ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sekata.
(3) Kemudian pukul putih telur dan cream of tartar dari Bahan C selama 2 min. Selepas itu, tuangkan gula sedikit demi sedikit ke dalam putih telur dan pukullah sehingga kembang dan gebu.( Perhatian: Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan kuning telur tidak pecah dan tidak termasuk ke dalam putih telur walaupun sedikit. Pemukul telur juga kena pastikan ianya kering dan tidak berminyak).
(4) Campurkan campuran kuning telur ke dalam campuran putih telur. Kaup balikkan adunan supaya sekata. Jangan terlebih kacau.Selepas itu tuangkan ke dalam acuan kek yang bulat 9" dan bakar.
(5) Bakar pada suhu 175C lebih kurang 50 mins atau sehingga masak.
(6) Sejukkan kek di wire rack dan belah kepada 3 lapisan.


Chocolate mousse:

250 gm. Non-Dairy Whip Cream
150 gm. Dairy whip cream
1 tsp. essence vanila
1 sudu makan rata serbuk gelatin yang halal.Campurkan bersama 4 sudu makan air dan microwavekan untuk 20 saat.(Bagi yang tak mahu menggunakan gelatin, boleh gantikan dengan agar-agar serbuk dan sekiranya tidak mempunyai microwave, double boilkan gelatin sehingga hancur)
50 gm. serbuk koko } ( serbuk koko dan gula ising di ayak bersama)
80 gm. gula ising }
1 1/2 sudu makan Nescafe } ( Campurkan nescafe bersama air panas)
1 1/2 sudu makan air panas }
1 sudu makan "Kahlua" atau "Tia Maria" coffee liquer ( Saya gunakan chocolate emulco aje)
2 - 4 biji pisang Del Monte atau pun pisang berangan - dihiris tebal

Cara-cara membuat chocolate mousse:

(1) Pukul kedua-dua whipping cream secara berasingan. ( Untuk dairy whipping cream, pukul sehingga ia menjadi pekat sahaja. Sebaik sahaja ia menjadi pekat terus berhenti dari memukulnya. Sekiranya terus memukul ia akan menjadi cair. Untuk non dairy whipping cream, kita boleh terus memukul sehingga ia menjadi lebih kurang tiga kali ganda kembangnya.)
(2) Kemudian campurkan kesemua bahan untuk mousse termasuklah kedua-dua whipping cream yang telah dipukul tadi. ( Pastikan campuran gelatin atau agar-agar serbuk tadi tidak sejuk. Sekiranya telah sejuk ia akan menjadi beku dan bergentel2. Sebaik-baiknya campuran gelatin ini disediakan setelah kesemua bahan untuk mousse telah dicampurkan)
(3) Sapukan 1/3 dari chocolate mousse ke atas lapisan pertama sponge kek. Susunkan hirisan pisang di atas chocolate mousse dan letakkan lapisan kedua dia atas susunan pisang tadi. Lakukan perkara yang sama untuk lapisan kedua. Kemudian letakkan pula lapisan kek yang ketiga.
(4)Tutupkan keseluruhan kek tadi dengan chocolate mousse dan simpan di dalam peti sejuk sehingga chocolate mousse keras.
(5) Selepas itu tuangkan pula chocolate coating yang dah sejuk ke atas kek ayng disalut chocolate mousse tadi. Biarkan campuran chocolate tadi mengalir ke bawah secara perlahan.
(6) Hiaslah kek tersebut mengikut citarasa dikehendaki dan simpan dalam peti sejuk hingga coating keras.
(7) Potonglah menggunakan pisau yang telah direndam dengan air panas untuk dihidangkan.

Chocolate Coating

35 gm serbuk koko
50 gm gula kastor
150 gm. Dairy whipping cream ( saya gunakan non dairy whipping cream sebab kehabisan dairy whipping cream)
80 gm. chocolate masakan - dihiris-hiris.
30 gm. Butter

Cara membuat Coating untuk kek:
Letakkan bahan-bahan ke dalam mangkuk dan double boilkan sehingga campuran tadi menjadi pekat. Sejukkan dahulu sebelum tuang ke atas kek.


Thursday, 8-May-2008 08:12 Email | Share | | Bookmark
CERITA KEK LAPIS

kek lapis cadbury
kek lapis walnut
kek lapis crispy
View all 4 photos...
[size=9]Hari nie kita cerita pasal kek lapis pulak yea..actually nielah my favourite kek.tp x ingatlah bila start admirer kat kek lapis nie. ..oooooooooooo baru teringat start suka kek tu masa belajar kat uitm(masa tu itm) dlm tahun 99 rasa yea, time tu duk menyewa kat seksyen 8 s.alam..dan dlm rumah tu ada budak2 sarawak.bila time raya macam2 jenis kek lapis mereka bawak,memng kagumlah tgk jenis2 kek lapis dgn pelbagai perisa dan corak .tp masa tu byk gunakan cara kukus,dibandingkan sekarang byk guna oven.

Lepas tu, masa ikut husband study kat germany,kebanyakkan kawan husband org sarawak..bila balik bercuti mereka akan bawak kek lapis juga dgn pelbagai rasa.memang sedap sebb homemade kalo kilang made mmg boleh bezakan rasa yea.

bila dah balik malaysia,masing2 dengan haluan masing2(tempat mengjar lain2) so susah utk dpt kan kek lapis.Sampailah satu masa ternampak satu web site tentang kek lapis, iaitu dr k.nomie(sorry x reti nak link, kalo nak pie jea kat kiri ) macam tarikan terus order cd dr k.nomie how to make layer cake step by step..mula yea utk sendiri jea..sampai satu ketika nekad utk jadikan business dr rumah.mcm2 resepi cari kat internet tp x jumpa ape yg dicari..dulu member selalu bagi kek lapis ada rasa kelapa pastu ada kepingan coklat..memg suka sgt kek tu..kalo member bagi siap makan sikit2 iyelah susah nak dpt. One day sedang tgk internet terjumpalah resepi tu..excited sgt.terus cari bahan dan try.Alhamdulillah sama mcm yg pernah makan tu..so bermulalah episod kek lapis ku..kira tahun lepas time raya itulah first time buat jualan.Alhamdulillah jualan melebihi sasaran..memang x sangka. dan kek lapis cadbury antara mempunyai permintaan yg tinggi..dan repeat order juga yg itu.

Sebenar yea lina banyak beljar dr k.nomie,time tu sms dan email jd penghubung, dan lina nie pulak jenis segan(bukan malas tau,tp malu) nak bertegur dgn org tp bila dah kenal ok boleh borak. cuma nak start communication jea masalah sikit.masa nak jual kek lapis tu pun terfikir kat sape nak jual..tp abang lina amatlah sporting..dia yg buat marketing tupun kat office dia aje untill now customer lina kat situ aje..memang x da promote kat lain..hinggalah dgn berani lina buat fp nie..dan buat promoting dr sini..itupun byk yg x tau lagi pasal fp lina..even family sendiri hehe.

Oklah..stop citer pasal history kek lapis..sekarang jom tgk kek lapis yg lina buat sebelum bercuti dulu..tempahan dari kawan2 kat kl dan juga pesanan dr kawan2 di vietnam(kek lapisku naik flight ke vietnam )mereka suka sekali dgn keunikan lapisan kek tu..ada yg tanya 'how do you do'? can you teach me? ..x pelah citer pasal vietnam entry akan dtg.

so nielah sebahagian kek2 yang lina buat( lebihan utk promosi[/size][/size]


kek lapis cadburry nie dibuat drp tepung biskut yg di kisar halus,kelapa kering dan kepingan coklat cadburry..total berat 1.5kg


kek lapis walnut nie product terbaru lina, mengandungi walnut bakar dan juga aiscream vanilla dan juga coklat di setiap lapisan yea.


kek lapis crispy nie juga product baru,mengandungi kepingan crispy yg di hancur dan juga taburan buah2 campur dan rasberry.


ha..nie pulak hasil dr workshp kek lapis yg lina hadiri di rumah k.nomie kat klang pada ahad lepas(4.5.08) kira ni first time lah buat roll lapis..x lah susah mana..yg penting minat.ada 4 org yg hadiri bengkel tu dr klang,kl,temerluh dan penang(linalah tu)..seronok juga sebb dpt kawan baru.Actually dah lama nak pie bengkel nie tp jauhkan dan kena tgk masa sesuai ..sampailah satu hari tu lepas subuh tergerak nak buka internet awal,tgk2 kak nomie buat bengkel dan tarikh tu memang lina ada kat belah sana..so ape lagi terus booking tempat dan bayar...akhir yea dpt juga jumpa dgn k.nomie maaf yea hasil x seberape kemas..nak buat semula tp tengah tunggu pewarna dan perisa sampai dr sarawak..so tgk nie dululah yea


Tuesday, 6-May-2008 14:59 Email | Share | | Bookmark
Welcome home

 
 
 
View all 24 photos...
Lama yea..fp x ber'update'..baru jea sampai ke penang petang semalam..lepas kemas apa2 yang patut barulah boleh nak menghadap pc..kalo tidak mesti semua x jadi kerja..pc nie kadang2 buat jadi lupa dunia sebb tulah lina suka menghadap pc dari jam 2 ptg ke atas..masa tu dah x da ape nak buat sgt.

sebenar yea banyak nak upload gambar..tp biasalah internet so slow..never mind kita pun buat slow2 lah yea

gambar2 kek sebelum bercuti pun ada yg x masuk dlm entry lagi..Insyaallah lina akan masukkan semua gambar tu tambahan pula sepanjang bulan 5 dan 6 nie lina x ambik tempahan so dptlah masa tu untk update entry2 yg lepas2. lina cuma ada masa dlm 2minggu aje..lepas tu lina akan bercuti lagi..tp kali nie lina bercuti di kampung aje..sementara cik abang akan fly ke new york utk present paper dia di sana, plan asal nak ikut sama tp byk sgt procedure kena buat..cancell lah lagipun masa dia fixed disana..buat rugi pulak nanti x sempat nak jalan2, never mind set a goal next time we can go for holiday, just put in wishlist.Insyaallah..

ok, mula2 lina nak share dulu gambar2 kek yg lina buat sebelum cuti dahulu..enjoy


kek untuk hantaran kahwin


kek untuk hantaran kahwin


kek hantaran pertunangan


strawberry chocolate cheesecake


chocolate moist cake


chocolate oreo cheesecake (baked)


brownies


hawflake cheesecake

p/s: sebenar yea lina x tau sgt nak hias cheesecake..kalo letak ganache ok tp bila nak tutup gan fresh cream..rasa something, may be sebb lina x suka rasa yea..sebb tu bila ada org nak order lina bgtau awal2.lina x kisah dia org nak letak tp macam membazir..bukan makan pun..letak kat tepi juga akhir yea..that's why kek2 lina x byk yg ada hiasan dgn cream.kalo ltk pun sedikit aje.sebenar yea semua tu depend pada diri masing2..memang lawa kek bila dah siap hias gan cream..tp lina kurang sikit cream2 nie coklat x pe,letaklah byk mana pun..sure habis yea. ..jgn bimbang kalo sape2 nak order dan nak letak fresh cream tu lina tetap terima.
oklah kita sambung esok pulak..dah jam 2am lebih nie..mata pun dah mengantuk..see you


Friday, 25-Apr-2008 22:00 Email | Share | | Bookmark
Berehat sebentar

dah lama x update fp..byk gambar2 yg ter download lagi di fp..but now, lina rest sekejap..jalan2 cari makan di Ho Chi Minh City,Vietnam...kami selamat tiba di sini jam 7.00mlam waktu sini(malaysia 8pm).so x nampak sangatlah bandar dia camana..but crowded. vietnam lebih besar dr singapore.tp memang terkejut..motor bike lagi banyak dr kereta.pulak tu traffix dia bersimpang siur..tp masih ada sifat tolak ansur.
oklah..nanti kita sambung lagi..sekali dgn picture..ok bye


Thursday, 17-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Donut ..

 
 
donut mcm2 rupa
View all 6 photos...
Dah lama x update fp. .setakat jalan2 kat fp2 lain bolehlah tp nak update fp sendiri.take time baik pie tido ..byk gambar2 yg x masuk lagi..ada 3 kek fondant belum masuk entry..

semalam anak teruna ku demand kuih donut dan pau sekali mintak 2 terus..dia memang suka sgt gan donut..sebelum pie sekolah pagi tu dia pesan " ingat mama,balik nie muqri nak makan donut gan kuih pauh" sabar jealah.. dah lah x mau donut salut gula..nak yg salut coklat..

so sebelum masak .lina adun dulu doh donut tu..lina guna resepi k.rinn..donut ala j'co( thank's k.rinn)..( pernah dgr pasl donut j'co tu )tgk mcm susah sikit sebb buat dua adunan..tp x pe lina try juga..sementra tunggu doh naik selama 90min..lina start masak tengahari..menu special nasi dagang..try resepi k.hanieliza..(credit buat k.liza)..tpkan menu last minute..dah lama sgt x buat..ada dlm 3 tahun x buat so cr resepi kat fp2..dan terjumpa kat fpk.liza.sebelum tu dah rendam beras pulut.. 2cwn pulut, 2 cwn beras brasmati..ehhhehhh boleh byg ape terjadikan..mula x terfikir..pastu tel ibu tanya..ibu kata boleh tp lembiklah nanti..tawwakal jealah..habiskan buat..memang terbukti mcm makan pulut :

ALHAMDULILLAH kuah dia menjadi..w/pun x cukup bhn seperti lengkuas, x da rempah kari, bantai guna rempah kari ikan segera ..dan acar lina buat acar salad daun unggu+carrot..at last habis jugak PULUT DAGANG KU..tp sorry yea gambr x da..lupa lah..


so,kita sambung citer donut lak..lepas makan sambung uli untuk bahan2 B,,x da stok tepung protein pulak so lina guna all purpose flour aje..time nie byk guna tepung may be sebb lina guna 2 biji telur gred A.patut yea letak satu jea..tp ikut jealah resepi

lepas dia naik kali kedua..startlah acara menekap donut..seumur hidup ku x pernah beli acuan donut. .selalu pegang bila pie supermarket(terrjumpa) tp x pernah sampai kat kaunter bayaran ( bukan ape rasa mcm x perlu aje)..so klai nie tekap guna acuan tart yg ada pemegang tu..ehhh..pastu yg tengah tu guna penutup pewarna star brand yg aluminium tu....sebb tu donut ku lubang yea kecik aje byk juga dpt donut tu..siap boleh simpan lagi frozenkan..jom tgk gambar


donut yg dah siap di colourkan




nie dah tahap x rajin dah..just salut gan gula aje



nie resepi yea..lina copy jea dr fp k.rinn--thank's yea

Donuts Ala-Ala J"Co
Sumber : Loveliana
Bahan A :
850gm tepung high protein
11g instant yeast( 1 paket yis Mauripan)
10gm garam (1 camca teh)
600ml air masak suam

Bahan B :
200gm tepung high protein ( lina guna all purpose flour)
10gm garam (1 camca teh)
60gm susu tepung
125gm gula castor
2 biji telur saiz kecil (telur gred A..sbb x da gred lain)
125gm shortening (atau majerin) ( guna buttercup..itu jea yg ada masa tu)

Cara-cara :
1. Campur dan gaul Bahan A hingga rata. Rehatkan selama 90 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik.
2. Tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
3. Campurkan Bahan B ke doh A dan diuli sehingga sebati hingga menjadi satu doh semula. Rehatkan selama 15 minit di dalam bekas yang ditutup dengan plastik. Setelah itu, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan udara terperangkap.
4. Ambil sebahagian doh dan digelek setebal 1cm. Terap menggunakan acuan donut dan rehatkan di atas dulang yang telah ditabur sedikit tepung supaya tidak melekat. Rehatkan lagi 10minit.
5. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api sederhana besar hingga donut bertukar warna kuning kecoklatan.
6. Angkat dan toskan minyaknya. Boleh disalut gula castor atau topping lain mengikut selera.


resepi utk topping pink gan oren tu
1 cwn gula icing
1 sudu makan light corn syrup( x da..so ganti gan minyak jagung-)
1 sudu makan air panas ( lina tambah lagi 2 sudu--sebb pekat sgt)
10 titik pewarna makanan ( lina bg 2 adunan tu..so 5 titik setiap satu)

gaulkan kesemua bahan sampai sebati kalo nak pekat lagi isi gula lagi..tp yg lina buat tu dah ok..elok2.jea.

ehhh lupa..masa nak tabur coklat rice or ape2 tabur lepas di celup dgn topping..one by one..klao tunggu semua siap dia dah keras so x lekat( sebb tu donut lina x penuh coklat rice..dia x lekat dah)

nak bg sedap lagi topping tu isilah lemon oil essen..memang wangi...

selamat mencuba..mmg sedap donut nie..
( pss..tgh bulan 5 ada convention kat klcc ..kalo sempat nak pie try lah donut j'co tu ..tgklah kalo ramai line up lupakan saje..x rajin nak tunggu2)

ok nak tido dah..bye


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net